Geluncur angin
Geluncur angin

Geluncur angin

Geluncur angin ialah suatu sukan atau kegiatan rekreasi di mana seseorang menerbangkan suatu pesawat tidak bermotor yang ringan iaitu luncur angin. Kebanyakan model luncur angin diperbuat daripada rangka aloi aluminium atau bahan komposit yang ditutupi kain layar sintetik[1] untuk membentuk suatu binaan seakan sayap. Penerbang biasanya mengawal dari tempatnya yang dipasangkan dengan abah-abah yang tergantung, di mana pesawat luncur ini dikawal dengan menggerakkan berat badan pada arah berlawanan dengan rangka kawalan (control frame).Latihan yang banyak sangat digalakkan untuk memastikan keselamatan penunggang sukan geluncur ini.[2][3]